Mahkamah tempatan Belgium benar pelajar pakai tudung

 

BRUSSELS – Mahkamah tempatan Belgium memutuskan pengharaman pemakaian tudung kepala bagi pelajar wanita di sebuah sekolah, adalah bertentangan dengan kebebasan beragama.

Keluarga sebelas pelajar, sebelum ini, mengambil tindakan mahkamah berikutan pengharaman pemakaian tudung kepala di sekolah Flemish di wilayah Maasmechelen.

Mahkamah mengambil ketetapan berdasarkan peruntukan perjanjian hak asasi Eropah dan memutuskan semua negara Kesatuan Eropah (EU) sepatutnya membenarkan rakyat mereka mengamalkan ajaran agama masing-masing.

Keputusan itu bagaimanapun, tidak merangkumi pengharaman pemakaian tudung di semua sekolah Flemish di wilayah itu, tetapi 11 pelajar berkenaan boleh memakai tudung dalam tempoh 30 hari lagi.

Yayasan Diyanet Belgium, yang mempunyai hubungan dengan badan keagamaan Turki, turut mengambil bahagian dalam membawa kes itu ke mahkamah sebagai tanda menyokong pelajar berkenaan.

Pengurus Besar yayasan itu, Coskun Beyazgul berkata, keputusan mahkamah berkenaan sepatutnya menjadi contoh kepada kes lain di negara itu.

Pada 2015 lalu, pihak berkuasa pendidikan Flemish Belgium mengharamkan tudung kepala di semua sekolah mereka. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts