MAIK ringan beban peniaga, penjaja kecil terkesan Covid-19

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membantu meringankan beban golongan peniaga dan penjaja kecil di negeri ini yang terkesan dengan pandemik Covid-19 menerusi Program Prihatin Asnaf.

Ketua Pegawai Pembangunan MAIK, Mohd Azman Ghazali berkata, penyaluran bantuan itu dibuat selepas pihaknya menghayati keperitan hidup dialami golongan berkenaan apabila pendapatan mereka menyusut sehingga 90 peratus akibat serangan pandemik Covid-19.

“Ini merupakan salah satu usaha MAIK meringankan beban golongan berkenaan, setiap daripada mereka menerima bantuan berjumlah RM200 yang merangkumi makanan (RM100) dan wang tunai (RM100),” katanya kepada pemberita pada Program Prihatin Asnaf MAIK bersama Kelab Kebajikan Cakna Kelantan di Pejabat MAIK, Lundang, di sini pada Sabtu.

Penyerahan sumbangan bantuan itu dilakukan secara pandu lalu sekali gus mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Menurutnya, Kota Bharu menjadi perintis kepada program ini yang kemudian akan diperluaskan ke seluruh negeri.

Beliau berkata, selepas ini MAIK akan bergerak ke jajahan Bachok dan Pasir Mas untuk mengagihkan bantuan tersebut kepada golongan memerlukan.

Sinar Harian pada 1 Ogos lalu melaporkan, MAIK terus ‘ligat’ membantu golongan yang terjejas dengan pandemik Covid-19 melalui peruntukan berjumlah RM15.6 juta menerusi Program Bantuan MAIK 2021. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts