MAIS kecewa dengan tindakan kerajaan tarik balik rayuan

BANGI, Rabu – Isu kalimah Allah telah mencetuskan polemik dalam kalangan rakyat di negara ini.

Kini, giliran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pula menyuarakan rasa tidak setuju terhadap tindakan kerajaan menarik balik rayuan yang difailkan di Mahkamah Rayuan berhubung kes Jill Ireland yang melibatkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan berkaitan agama Kristian.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menegaskan, pihaknya berpandangan bahawa kes berkenaan bukan hanya melibatkan isu pentadbiran dan keselamatan tetapi ia juga mempunyai kaitan yang jelas terhadap akidah orang Islam dan pentadbiran agama Islam yang berada bawah bidang kuasa raja sebagai Ketua Agama Negeri. 

Berdasarkan satu kenyataan yang dikeluarkan MAIS, ketika kes rayuan berkenaan, pihak MAIS serta dua lagi Majlis Agama Islam Negeri telah dibenarkan untuk hadir dalam kes rayuan itu sebagai sahabat mahkamah atau “amicus care” oleh Mahkamah Rayuan. 

Ekoran itu, MAIS menzahirkan rasa terkilan dan kesal dengan tindakan unilateral pihak kerajaan yang menarik balik rayuan berkenaan tanpa adanya sesi perundingan bersama pihaknya serta pihak-pihak lain terlibat lain yang mempunyai kepentingan dalam kes rayuan tersebut. 

Ujar MAIS, sambil mengulangi kenyataan mereka sebelum ini dan menegaskan bahawa penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Selangor adalah satu kesalahan jenayah di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam (Pengawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 yang berkuat kuasa di Selangor dan ia juga menyalahi fatwa yang diwartakan di Selangor pada 18 Februari 2010. 

MAIS juga berpendapat, proses rayuan berhubung kes penggunaan kalimah Allah ini wajar diteruskan sehingga ke peringkat tertinggi di negara ini dan akhirnya dapat keputusan yang muktamad agar ia boleh dijadikan pedoman buat semua pihak mengenai isu penggunaan kalimah Allah. 

Sebelum ini, kemarahan umat Islam di negara tercetus apabila mengetahui Kerajaan Madani menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menarik semula rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan agama mereka buat tujuan pendidikan. – Tv Pertiwi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts