Penduduk Palestin rai ulang tahun Hamas ke-31

 

GAZA – Puluhan ribu rakyat Palestin memperingati ulang tahun penubuhan ke-31 Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) di Gaza.

Hamas secara rasmi ditubuhkan pada 15 Disember 1987 dan sejak penubuhannya, gerakan itu telah melancarkan serangan balas terhadap pendudukan Zionis Israel, negara haram yang menakluki wilayah Palestin.

Gaza, semalam dihiasi warna hijau dengan bendera Hamas berkibar dari bumbung rumah dan tiang lampu.

Luangan semangat mempertahankan tanah air Palestin dari kekejaman Israel bergema sepanjang hari oleh penduduk Palestin.

Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh berkata, penentangan rejim tentera Israel perlu diatasi dengan satu penyelesaian terbaik.

“Kami meletakkan harapan tinggi, Tebing Barat adalah kawasan utama dan paling sesuai untuk menyelesaikan konflik dengan musuh paling kejam, Zionis.

“Kita akan berjuang, sempena ulang tahun Hamas ini, kita akan lalui tentangan ini dengan penuh keharmonian,” katanya.

Semenanjung Gaza telah berada di bawah pengepungan Israel sejak Jun 2007. Sekatan dan serangan udara menyebabkan kemerosotan taraf hidup, pengangguran serta kemiskinan teruk berlaku kepada penduduk Gaza. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts