Aplikasi E-Terapi Sakinah bantu suami isteri berdepan konflik rumah tangga

SEREMBAN: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) hari ini melancarkan aplikasi E-Terapi Sakinah bertujuan membantu pasangan suami isteri dan keluarga Islam yang berdepan masalah rumah tangga.

Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Prof. Dr. Zulkifli Hasan berkata, aplikasi itu adalah terapi bantuan awal yang segera, mudah dan selamat dalam menangani konflik dalam rumah tangga sesebuah keluarga.

Katanya, ia dibangunkan hasil kajian penyelidik melalui geran penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Bahagian Kaunseling dan Pembangunan Insan MAINS.

“Aplikasi ini menyediakan panduan kepada orang ramai yang berdepan masalah rumah tangga tetapi mempunyai kekangan untuk pergi menemui kaunselor.

“Jika panduan masih tidak membantu baru lah orang ramai perlu mengisi borang dalam aplikasi itu untuk berjumpa kaunselor,” katanya kepada para pemberita selepas majlis perasmian Simposium Penyelidikan MAINS 2023 di sini hari ini.

Aplikasi itu telah dilancarkan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Prof. Madya Dr. Faudzinaim Badarudin semasa majlis perasmian tersebut.

Menurut Zulkifli, selain keluarga, aplikasi itu juga boleh membantu para kaunselor, pegawai agama, mahkamah dan masjid sebagai sumber rujukan.

“Kami akan menambah baik aplikasi itu daripada semasa ke semasa dengan memasukkan input tertentu supaya capaiannya dapat diperluaskan,” katanya.-UTUSAN.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts