MAIWP sedia bantuan rawatan percuma untuk asnaf

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kini menyediakan kemudahan rawatan pesakit luar buat golongan B40 terutama asnaf bagi mendapatkan rawatan percuma di fasiliti kesihatan milik MAIWP.

Kadar had rawatan diberikan adalah sebanyak RM300 setiap seorang termasuk tanggungan yang berumur 18 tahun ke bawah dan masih belajar, orang kurang upaya dan warga emas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, MAIWP memperuntukkan RM1 juta yang dibahagikan kepada dua fasiliti kesihatan tersebut iaitu Hospital Pusrawi dan MAIWP Healthcare.

“Mereka ini dirawat secara percuma dengan kos rawatan maksimum sebanyak RM300…program ini akan berterusan untuk memanfaatkan 27,000 asnaf yang berada di bawah tanggungan MAIWP,” katanya.

Beliau ditemui pemberita di Hospital Pusrawi selepas penyerahan replika cek masing-masing sebanyak RM500,000 kepada Hospital Pusrawi dan MAIWP Healthcare. – Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts