Majlis berbuka puasa gay haram di sisi Islam

 

BANGI – Pendakwah terkenal, Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan penganjuran majlis berbuka puasa di kalangan pendukung gerakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagai perbuatan yang haram di sisi Islam.

Beliau berkata, majlis berbuka puasa seperti itu bukan sahaja sia-sia bahkan mempermainkan hukum Allah.

Bahkan, katanya, penganjuran majlis berkenaan juga bertentangan dengan ajaran Islam sebenar yang mengharamkan seks sejenis.

“Orang yang puasa perlu ikut semua perintah Allah dan puasa ini merangkumi semua perbuatan kita.

“Sekarang ini pula wujud golongan yang tolak hukum Allah tapi terima hukum lain dan itu tidak boleh dalam Islam,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian ketika mengulas mengenai program tersebut yang mula tular di media sosial sejak beberapa hari lalu selepas ia didakwa dianjurkan pada 10 Jun lalu di Bangsar.

Menegaskan perkara itu, Hassan berkata, golongan sebegini sewajarnya dikenakan tindakan oleh jabatan agama Islam dan pihak berkaitan kerana telah mencemarkan imej Islam.

“Mereka melanggar hukum Allah tapi dalam masa sama nak duduk sekali buka puasa. Kalau kita orang beriman, kita kena pegang semua suruhan Allah,” katanya.

Khuatir akan program seperti demikian berulang lagi, Hassan berkata, beberapa tindakan segera perlu diambil oleh pihak yang bertanggungjawab seperti menguatkuasakan undang-undang bagi memastikan kelompok ini tidak bergerak bebas di negara ini.

Selain itu, golongan intelektual dalam Islam juga boleh dipanggil untuk membincangkan mengenai perkara ini dan hasil resolusinya boleh diambil untuk dilaksanakan.

“Kerajaan juga kena gubal satu undang-undang untuk jangka panjang bagi elakkan rakyat negara ini terjebak dengan gerakan sebegini pada masa depan,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts