Rasulullah dan anak perempuan

 

Rasulullah dan anak perempuan

1. Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan satu insiden yang agak menyayat hati. Menurut Saidatina Aisyah, seorang Ibu telah datang ke rumah Aisyah bersama dengan dgn dua orang anak perempuannya. Ibu tersebut meminta sumbangan daripada Aisyah. Namun, ketika itu tiada apa yang boleh disumbangkan melainkan sebiji tamar lalu diberikan kepada si Ibu tersebut.

Apa yang berlaku dihadapan Aisyah menyentuh hatinya. Si Ibu tersebut membelah tamar tersebut kepada dua bahagian lalu diberikan kepada kedua orang anak perempuan yang bersama dengannya sedangkan dia sendiri tidak mendapat sebarang makanan. Peristiwa ini diberitakan kepada Nabi. Rasulullah lalu bersabda: “Sesiapa yang diuji dengan anak perempuan seperti ini, anak perempuan (dan perbuatan baik tersebut) akan menjadi perisai buat dirinya daripada neraka.

2. Al-Imam al-Tirmizi pula merekodkan hadith dari Abu Said al-Khudri yang menyatakan bahawa Rasulullah bersabada:

مَن كان له ثلاثُ بناتٍ أو ثلاثُ أخَوات، أو ابنتان أو أُختان، فأحسَن صُحبتَهنَّ واتَّقى اللهَ فيهنَّ َفلهُ الجنَّةَ

Maksudnya: Barangsiapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan atau adik-beradik perempuan, atau dua orang anak perempuan atau dua org adik beradik perempuan, dan mereka menjaga anak-anak perempuan ini dengan baik serta bersifat taqwa, maka Allah akan memberikan mereka ganjaran syurga.

3. Dalam hadith lain pula daripada jalur riwayat Saidatina Aisyah, Nabi tidak pula meletakkan bilangan anak perempuan tertentu. Baginda hanya menyebut barangsiapa yang diuji (atau dikurniakan) anak perempuan dan dia bersabar dalam menjaga mereka maka ini akan menjadi perisai bagi mereka dari ancaman neraka kelak.

4. Menurut al-Imam al-Nawawi, yang dimaksudkan dengan menjaga mereka dengan baik ini adalah memberikan tarbiyah (pendidikan) serta kelengkapan yang baik.

5. Konsep berbuat baik dengan anak perempuan ini ditekankan oleh Islam adalah bagi mengubah persepsi dan budaya masyarakat Arab yang ketika itu memandang anak perempuan sebagai bebanan. Allah berfirman:

وَإِذَا بُشِّرَ أَحَدُهُمْ بِالأُنْثَى ظَلَّ وَجْهُهُ مُسْوَدًّا وَهُوَ كَظِيمٌ

Maksudnya: Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati.

6. Sifat Jahiliyah ini telah dibanteras oleh Rasulullah dengan menghidupkan kesedaran agar manusia mesti berbuat baik pada anak perempuan dan menyayangi mereka.

7. Malah Rasulullah menekankan bahawa, kesusahan dan pengorbanan demi membesarkan anak-anak ini akan menjadi perisai dan asset untuk ke syurga melalui doa anak-anak mereka yang soleh.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Ustaz Dr Ahmad Sanusi Azmi

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts