Kemanusiaan dari sudut pandang barat adalah fahaman humanisme

 

PERKATAAN manusia dan kemanusiaan sering menjadi sandaran apabila kita bercakap tentang pelbagai isu kehidupan. Kemanusiaan itu seperti matlamat yang dicari disebalik daya usaha manusia dalam kehidupan ini. Baik buruk sesuatu perkara itu berbalik kepada impak baik buruknya perkara itu kepada kemanusiaan.

Oleh itu, kemanusiaan itu ternyata bagi semua pihak adalah satu nilai pertimbangan yang penting.

Dewasa ini kelihatan seakan-akan barat lah yang mempelopori idea kemanusiaan ini. Dari sana lahirnya berbagai konvensyen yang menjurus ke arah menjaga hak asasi manusia. Manakala di sebelah sini tiada perbicangan tentang kemanusian seolah-olah ia tiada dalam thaqafah Islamiah walaupun hakikatnya Islamlah yang telah mengangkat martabat insaniah.

Dari sini kita perlu mencari apa erti insaniah di sisi Barat dan bandingannya di sisi Islam. Dan apa implikasi kedua-dua tafsiran itu kepada insaniah insan.

Insaniah dari sudut pandang barat adalah merujuk kepada fahaman HUMANISME, yakni fahaman yang menjadikan kemanusiaan itu sebagai matlamat dan sumber hukum. Barat Kristian masih lagi mengembangkan mafhum humanisme ini untuk mencapai tahap tertinggi sehingga manusia itu benar-benar menjadi sempurna seperti Tuhan.

Untuk mencapai kesempurnaan humanisme ini mereka mengangkat KEBEBASAN sebagai nilai tertinggi. Ramai dikalangan kita yang memperjuangkan kebebasan tidak sedar tentang asal usul dan akibat perkara ini.

Apabila kebebasan yang sebenarnya dapat direalisasikan dalam kehidupan maka manusia boleh lakukan apa sahaja yang mereka suka dan itulah secara teorinya merupakan syariat yang tertinggi.

Tiada lagi firman atau sabda yang lebih tinggi dari firman dan sabda manusia. Inilah juga yang disebut sebagai kuasa rakyat.

Dalam situasi ini tiada lagi pihak berkuasa yang boleh menghalang kehendak manusia. Waktu itu manusia adalah Tuhan. Itu lah erti kesempurnaan kemanusia mengikut thaqafah Barat Kristian. Namun adakah sebenarnya dengan itu manusia telah mencapai tujuan dan matlamat serta mengecapi kesempurnaan kemanusian itu atau ia hanya penipuan fatamorgana semata.

Adakah manusia sebenarnya telah menjadi bebas dengan teori kemanusian ala barat ini?

 

 

Sebenarnya apabila manusia bebas dari segala pegangan dan ikatan intima’, mereka tidak menjadi Tuhan, sebaliknya telah menjadi hanyut terkapai-kapai hidup hanya memenuhi keperluan naluri diri sendiri tanpa panduan dan hala tuju.

Segala aspek kehidupan mereka dikawal oleh kapitalis Yahudi dan kuncu-kuncunya yang mengeksploitasi seluruh kehidupan untuk kekayaan dan kekuasaan mereka ke atas dunia.

Kuasa rakyat bukanlah suatu yang realistik yang boleh akhirnya membawa manusia kepada kebahagiaan yang mereka cari. Yang berkuasa sebenarnya ialah golongan kapitalis yang menguasai segala wasilah manipulasi yang mengekploitasi segenap aspek kehidupan untuk kepentingan mereka.

Merekalah sebenarnya THAGHUT yang merupakan tuhan-tuhan baru yang disembah oleh manusia selain dari Allah tanpa mereka sedar.

Sebaliknya Islam mengangkat insaniahtul insan dengan membebaskan manusia dari kongkongan para THAGHUT yang mengeksploitasi seluruh kehidupan manusia. Tidak kira lah apa bentuk THAGHUT pada setiap zaman dan tempat, Islam manganggap THAGHUT-THAGHUT inilah yang menghalang manusia mencapai kesempurnaan kemanusiaannya.

Manusia tidak akan dapat mengecapi KEBEBASAN diri dengan ertikata yang sebenarnya selagimana SELURUH aspek kehidupan mereka masih dibelenggu oleh PARA THAGHUT. Sebab itu Allah SWT menyebut di dalam al-Quran bahawa dia mengutuskan kepada setiap umat rasul-rasul yang akan membebaskan mereka dari belenggu THAGHUT dengan mengasaskan kehidupan berasaskan ubudiah hanya kepada Allah SWT.

Maka dengan itu perjuangan kebebasan disisi Islam membawa maksud yang berbeza. Ia tidak membawa manusia kepada bayangan palsu untuk menjadi Tuhan tetapi membebaskan mereka dari dimanipulasi oleh pengaruh PARA THAGHUT.

Ubudiah kepada Allah SWT dalam Islam tidak membawa konotasi negatif kepada kemanusian manusia seperti yang disangka oleh mereka yang jahil, Sebaliknya UBUDIAH kepada Allah membawa erti bahawa tiada makhluk yang boleh memanipulasi kehidupan manusia lain dan dengan itu setiap manusia menyumbang daya usaha untuk mencapai kesempurnaan kemanusiaan manusia itu sendiri.

Di bawah bayangan ubudiah kepada Allah SWT manusia dapat mencapai kejayaan paling unggul tanpa dikongkong dan dimanipulasi oleh THAGHUT-THAGHUT kapitalis yang menghisap darah.

Ustaz Abdullah Abd Rahman
Amir Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts