Hampir 1,000 sukarelawan Helmet Putih maut dari 2011

 

DAMASCUS – Sekurang-kurangnya 1,000 anggota Pertahanan Awam Syria diserang rejim Presiden, Bashar al-Assad dan sekutunya Russia sejak perang saudara meletus di negara itu pada 2011.

Pemerhati Hak Asasi Manusia (SOHR) dalam satu laporan semalam berkata, 882 daripada 979 anggota pertahanan awam dibunuh oleh rejim Bashar, manakala 97 lagi oleh Russia untuk tempoh Mac 2011 sehingga Disember 2019.

Pada masa sama, SOHR juga melaporkan bahawa rejim Bashar telah menyasarkan serangan ke atas segala kemudahan dan kenderaan milik Pertahanan Awam Syria sebanyak 1,044 kali, manakala Russia sebanyak 403 kali.

Lebih 3,800 anggota Pertahanan Awam Syria, yang juga dikenali sebagai ‘Helmet Putih’ telah ditahan dan tidak dapat dikesan akibat perbuatan tidak berperikemanusiaan berkenaan.

Selain itu, rejim Bashar juga bertindak mengebom pusat bantuan sebagai usaha untuk menghalang organisasi kemanusiaan tempatan dan antarabangsa daripada menyediakan perkhidmatan perubatan di kawasan yang dikepung.

 

 

“Rejim Syria telah melampaui batas menyalah guna kuasa melalui kekerasan dan diktator.

“Perkara ini membawa kebimbangan serius kepada kesemua sukarelawan Helmet Putih yang ada di organisasi tempatan dan antarabangsa, ” kata laporan itu.

Pada September 2018, Turki dan Russia bersetuju menjadikan Idlib sebagai zon selamat, di mana melarang sebarang tindakan pencerobohan ke atas kawasan itu.

Bagaimanapun, pelanggaran konsisten yang dilakukan rejim Bashar dan sekutunya telah membunuh lebih 1,300 orang awam sejak dari tarikh perjanjian.

Sejak perang saudara meletus di Syria pada 2011, lebih 370,000 orang terbunuh, manakala jutaan lagi hilang tempat tinggal dan melarikan diri ke negara lain.

Kanak-kanak yang berada di dalam bangunan, termasuk rumah mereka menjadi sasaran mudah bom yang digugurkan pesawat rejim Bashar dan sekutunya Russia.- Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts