Majlis Raja-Raja Melayu putuskan status ‘Agama Melayu’

 

PUTRAJAYA –  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah selesai bermuzakarah berkenaan ajaran ‘Agama Melayu’ yang didakwa dibawa individu dikenali sebagai Ibu Yati.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, muzakarah berkenaan telah diadakan bersama Jabatan Agama Islam negeri-negeri minggu lalu.

Katanya, keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) kali ke 118 sudah pun diserahkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu dan menunggu keputusan untuk diumumkan.

“Kita telah bincang dalam muzakarah pada minggu lepas. Saya tidak boleh komen lagi. Kita akan bawa ke Majlis Raja. Kita ada bincang,” katanya seperti dipetik media tempatan, hari ini.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, Jakim akan melakukan muzakarah sebelum memfatwakan sesuatu ajaran itu sebagai sesat atau sebaliknya.

Katanya, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, ia perlu dilakukan dengan amat berhati-hati bagi memastikan tindakan atau keputusan yang diambil kelak tidak dianggap gopoh atau kekurangan maklumat.

Sebelum ini, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan menggesa, seluruh umat Islam tidak terpengaruh dengan ajaran Islam Melayu.

Agama itu didakwa menggunakan lafaz syahadah yang pelik (ila ha ila ra ila ma) dan disambung dengan pengakuan ‘Aku Melayu’ sebanyak tujuh kali. -Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts