Malaysia adalah negara Islam

 

Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) amat jelas menyatakan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan (Malaysia) yang bererti negara Malaysia beragama Islam. Ini juga bererti Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam.

Bahkan ketika Tun Dr Mahathir menjadi perdana menteri dalam kerajaan Malaysia, beliau telah membuat pengisytiharan dalam tahun 2001 bahawa bahawa Malaysia adalah negara Islam yang selari dengan ajaran Islam.

Pengisytiharan ini tentulah dibuat setelah Tun Dr Mahathir mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar undang-undang dan pakar Perlembagaan Persekutuan.

Peruntukan dalam Perkara 4(1) menyatakan semua undang-undang yang digubal di Parlimen akan terbatal jika undang-undang tersebut bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan perkara 3(1).

Terdapat banyak peruntukan dalam Perlembagaan itu yang memberi keistimewaan kepada agama Islam. Perkara 3(1) yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan Perkara 12(2) yang membenarkan kerajaan membelanjakan wang negara bagi pembangunan agama Islam, menunjukkan bahawa Malaysia bukan negara sekular.

Sebelum kedatangan penjajah Belanda dan British ke Tanah Melayu, undang-undang yang dilaksanakan di Tanah Melayu adalah meliputi undang-undang Islam dan adat. Tanah Melayu dianggap oleh ahli-ahli sejarah sebagai sebuah negara Islam melihat kepada undang-undang Islam yang dilaksanakan semasa itu.

Hukum Kanun Melaka sebagai undang-undang pokok mempengaruhi undang-undang di negeri lain, yang banyak mengandungi peraturan dan hukuman yang berlandaskan agama Islam dan adat Melayu.

Ini bererti undang-undang Islam dan mahkamah Syariah telah lama diamalkan di negara ini sebelum kedatangan penjajah kafir dari Barat. Maka undang-undang Islam dan mahkamah Syriah adalah sebahagian daripada negara Malaysia ini.

PENDUSTAAN PUAK KAFIR HARBI DAN PUAK LIBERAL

Sikap perkauman, cauvinis, prejudis, permusuhan dan kebencian puak liberal dan puak kafir harbi terhadap agama Islam, ulama Islam dan umat Islam telah mendorong puak liberal dan puak kafir harbi berusaha menyebarkan propaganda berunsur fitnah kononnya negara Malaysia ini adalah negara sekular untuk menipu dan memperdayakan orang ramai yang terdiri daripada umat Islam dan orang kafir.

Dakwaan karut puak liberal dan puak kafir harbi kononnya Malaysia adalah negara sekular bererti mereka telah menentang dan menghina Yang DiPertuan Agong dan raja-raja Melayu yang menjadi ketua agama Islam, Perlembagaan Persekutuan, agama Islam dan prinsip demokrasi dan menafikan hak umat Islam sebagai rakyat majoriti mengamalkan ajaran Islam.

Fakta yang membuktikan puak liberal dan puak kafir harbi adalah pendusta yang sangat terdesak dan tidak bermoral ialah perkataan ‘sekular’ itu sendiri tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 3(1) yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan Perkara 12(2) yang membenarkan kerajaan membelanjakan duit negara bagi pembangunan agama Islam, jelas menunjukkan bahawa Malaysia bukan negara sekular tetapi negara Islam.

SIKAP HIPOKRIT PUAK KAFIR HARBI DAN PUAK LIBERAL

Puak liberal dan puak kafir harbi adalah hipokrit yang amat hina dan menjijikkan kerana mereka dan media massa mereka yang tidak bermoral menghina, memfitnah, memomok-momokkan, menentang dan memusuhi ajaran Islam, undang-undang Syriah, mahkamah Syariah, ulama Islam, pendakwah Islam, mufti, fatwa, Perlembagaan Persekutuan dan menindas dan menafikan hak umat Islam.

Bahkan kebiadapan puak kafir harbi dan puak munafik liberal menjadi semakin jelas apabila mereka berani merobohkan berpuluh kampung Melayu @ umat Islam dan campur tangan dalam proses membuat fatwa sedangkan mereka tidak beragama Islam.

Sikap hipokrit dan ‘double-standard’ mereka terdedah sebaik sahaja mereka berada di negara Barat, negara Arab, Turki, USA, negara China komunis, negara Vietnam komunis, Russia, India, Afrika, Jepun, dan lain-lain di mana mereka akan mematuhi semua undang-undang negara asing walaupun undang-undang tersebut bersifat perkauman, zalim dan menindas rakyat.

Mengapa puak liberal dan puak kafir harbi berani secara terbuka menentang ajaran Islam dan undang-undang Syariah dan lain-lain yang telah dijamin dan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara ini di dalam negara yang dipimpin oleh orang-orang yang mendakwa diri mereka beragama Islam?

Adakah pemimpin-pemimpin politik ini terlalu mementingkan undi orang kafir (35%) sehingga menyebabkan mereka sengaja mengabaikan hak umat Islam (65%)? Pemimpin jenis ini adalah pemimpin yang pengecut, mementingkan diri, buta, bisu, pekak dan dungu yang mengutamakan hak orang kafir dan meremehkan hak umat Islam!

Adakah pihak berkuasa dan pemimpin politik terlalu takut pada orang-orang kafir dan munafik liberal sehinggakan mereka terlalu berani menghina dan memusuhi agama Islam dan umat Islam secara terang-terangan?

KESIMPULAN

Kita telah melihat sikap perkauman, cauvinis, permusuhan, kebencian, hipokrasi musuh-musuh Islam terhadap agama Islam dan umat Islam secara terbuka.

Oleh sebab itu marilah kita semua umat Islam menyokong dan mengundi parti Islam dalam PRU14 supaya parti Islam boleh membentuk kerajaan yang berani membela dan melindungi agama Islam dan hak umat Islam di negara ini.

Ingatlah bahawa Allah dan Rasul-Nya amat melarang umat Islam melantik orang kafir dan puak munafik menjadi pemimpin bagi umat Islam kerana orang kafir dan munafik tidak pernah reda terhadap agama Islam dan umat Islam:

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu) ?” An-Nisaa’ : 144 – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts