Malaysia tolak Baitulmaqdis jadi ibu negara Israel

 

KUALA LUMPUR: Malaysia menolak sekeras-kerasnya cadangan Amerika Syarikat (AS) untuk menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Pendirian tegas itu dizahirkan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak ketika menyampaikan ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di sini sebentar tadi.

“Jadinya, minggu ini apabila kita dikejutkan dengan cadangan AS untuk mengiktiraf satu daripada tiga Tanah Suci umat Islam, yakni Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, saya yakin dan percaya, mana mungkin kita sebagai umat Islam dapat menerimanya sampai bila-bila.

“Saya selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, mengajak pimpinan parti, perwakilan, ahli-ahli yang hadir, di dalam dan di luar sana, serta semua di mana saja anda berada, untuk bangun dan menzahirkan pendirian kita yang selantang-lantangnya, agar dunia mendengar gema suara umat Islam Malaysia.

“Kita menolak sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel sampai bila-bila,” katanya.

Najib berkata, berkait soal itu juga, beliau bersependapat dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bahawa Malaysia perlu ‘buta warna’ dalam hal kemanusiaan.

“Sebab itulah, kita mempraktikkan amalan bermusyawarah dalam UMNO serta Barisan Nasional sebagai sebuah keluarga besar.

“Bagai dimadah Melayu lama, jika tidak sebanyak, sedikit pun jadilah jua. Satu perjuangan bukan saja dari suara umat Islam Malaysia, malahan suara kemanusiaan dunia yang diwakili kerajaan Malaysia pimpinan UMNO.

“Dengan parti PAS pula, pendirian kita amat jelas iaitu hubungan kita dengan mereka adalah terasas demi kepentingan ummah, sekali pun pandangan politik tetap berbeza,” katanya. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts