Umat Islam tidak sepatutnya bersikap lemah dan diam diri

 

TURKI – Umat Islam pada hari ini tidak sepatutnya bersikap lemah dan diam diri seolah-olah telah melakukan kesalahan dan menerima segala tuduhan buruk barat terhadap kesucian agama Islam.

Syeikh Dr Nuwaf Al-Takruri, Ketua Pertubuhan Ulama Palestin serta mewakili Dr Ali Qurahdaghi, Setiausaha Pertubuhan Ulama Muslimin Sedunia berkata demikian dalam Persidangan Antarabangsa Ulama Islam Sedunia yang diadakan di wilayah Sanliurfa, Turki.

 

 

Tambah beliau lagi sepatutnya kita hendaklah menyatakan kebenaran kepada seluruh manusia bahawa keganasan itu tidak dibatasi agama, bangsa atau negara.

“Seperti mana ada sebahagian keganasan dilakukan oleh orang mengaku Islam begitu juga ada keganasan lain dilakukan oleh orang bukan Islam maka tuduhan keganasan terhadap Islam adalah tidak berasas”.

Beliau yang menyampaikan kertas kerja bertajuk “Perbezaan antara keganasan dan penentangan yang diiktiraf syarak” turut menyeru supaya umat Islam hari ini mengajak manusia kearah keadilan, keamanan dan kebebasan dengan lambang kekuatan bukan kelemahan.

“Kekuatan yang dimaksudkan dalam Islam bukanlah dengan pembunuhan tetapi dengan menghalang daripada pertumpahan darah berlaku” tegas beliau.

Persidangan tersebut telah dihadiri daripada pelbagai tokoh ulama mewakili negara-negara Islam dengan meletakkan motto perbincangan mereka “Seruan Islam kepada seluruh dunia: Keamanan, Keadilan dan Kebebasan”.

Sumber: http://muis.org.my/2017/03/umat-islam-tidak-sepatutnya-bersikap-lemah-dan-diam-diri/

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts