Malaysia tolak dasar iktiraf LGBTQ Amerika Syarikat

 

KUALA LUMPUR: Malaysia menolak dasar luar pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) yang mahu mempromosikan hak asasi golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) di seluruh dunia.

Pentadbiran AS memasukkan sekali golongan interseks (khunsa) dalam kelompok itu tetapi ia tidak termasuk dalam pendirian kerajaan kerana khunsa berbeza dengan LGBT dan bukanlah sesuatu yang melanggar fitrah manusia dan dibincangkan secara mendalam dari sudut perspektif sains dan fiqh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata LGBTQ sejak awal lagi adalah menyalahi normal manusia biasa.

“Justeru ia bertentangan dengan syariat Islam dan kita (kerajaan) tidak menyokong sebarang kempen yang dilabelkan LGBTQ di negara ini.

“Perkara ini (penolakan kempen) diterima pakai oleh semua budaya masyarakat Malaysia secara majmuk di Malaysia,” katanya ketika dihubungi BH.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor, menyelar langkah Presiden AS, Joe Biden itu yang disifatkan tidak sensitif dan boleh menimbulkan ketidaktentuan terhadap umat Islam bukan sahaja di AS tetapi di luar negara itu.

“Dalam pilihan raya lalu, sebahagian besar penyokongnya adalah warganegara yang beragama Islam dan sepatutnya beliau sensitif dalam setiap tindakannya,” katanya.

Mohd Roslan berkata, langkah Biden itu juga dijangka memberi ‘suntikan semangat’ terhadap kumpulan LGBTQ untuk memperjuangkan hak mereka tetapi dalam di Malaysia, sebuah negara Islam ia tidak boleh diterima pakai.

“Apa yang dilakukan Biden hanya merujuk kepada hak asasi manusia yang tidak berteraskan agama Islam dan ia tidak sesuai untuk diamalkan di negara ini.

“Dalam ‘Cairo Declaration on Human Rights in Islam’ yang dipersetujui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga menyatakan, segala perkara yang menyanggah syariah Islam tidak boleh diamalkan di sebuah negara Islam. Jadi kempen sedemikian tidak sesuai dalam konteks Malaysia,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, isu LGBTQ di Malaysia harus ditangani tanpa kekerasan sebaliknya menggunakan pendekatan seperti dialog, kaunseling dan ‘pyschospritual’,” katanya.

Dalam ucapan pertama mengenai dasar luar negara bawah pentadbirannya pada Khamis lalu, Biden mengumumkan beliau mengarahkan semua agensi kerajaan AS di luar negara untuk mempromosikan hak asasi LGBTIQ serta mengemukakan perancangan dalam tempoh 180 hari.

Beliau turut berjanji memberi perhatian kepada pemohon suaka dalam kalangan LGBTIQ, termasuk memastikan tindakan diambil untuk kes kecemasan walaupun mereka terlebih dahulu lari ke negara yang kurang mengalu-alukan golongan itu. -Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts