Mapim rayu infak wang ibadah korban kepada muslim Rohingya

 

BANGI – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyeru rakyat Malaysia untuk menginfakkan wang kepada ribuan warga Rohingya yang menjadi mangsa kezaliman tentera rejim Myanmar dan ekstremis Buddha.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, jika boleh sebahagian wang dalam ibadah korban diinfakkan kepada umat Islam Rohingya.

“Saya minta umat Islam yang melakukan ibadah korban pada tahun ini memikirkan nasib saudara seagama Rohingya di Myanmar dan juga di serata dunia akibat penindasan dan kezaliman,” katanya kepada Ismaweb.net.

Beliau berkata, jutaan kambing, lembu, kerbau dan unta yang disembelih untuk menyahut seruan Allah SWT bertujuan menyatakan ketakwaan kepada Allah dan memberi makan kepada kaum yang miskin seperti yang dinyatakan dalam surah Al Hajj ayat 33 yang bermaksud:

“Daging-daging unta dan darahnya itu sekali kali tidak dapat mencapai keredhaan Allah, tetapi ketaqwaan dari kamulah yang dapat mencapainya, demikianlah Allah telah menundukkannya supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayahNya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik”.

Terkini, puluhan ribu umat Islam Rohingya sedang dizalimi di Myanmar berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Mereka diburu, dibunuh dan perkampungan mereka diserang serta dimusnahkan.

Justeru, Azmi berkata, di saat kita akan berkorban haiwan dan banyak daging yang terbazir, kaum muslimin di Arakan pula kebuluran kerana melarikan diri ke hutan dan di benteng Sungai Naf bersempadan Bangladesh.

“Mereka terpaksa menyeberang ke Bangladesh dan menyelamatkan diri dari buruan tentera rejim Myanmar. Manakala, di negara ini saya lihat pembazir daging korban yang kerterlaluan telah menghilangkan erti dan roh korban.

“Sebenarnya, kita tidak boleh hanya menumpu kepada mendapat ganjaran amal korban untuk diri masing-masing semata-mata. Akan tetapi ia perlu turut menyalurkan pengorbanan untuk disumbangkan kepada saudara-saudara kita yang sedang ditindas di Myanmar,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts