‘March of Return’ diteruskan sehingga pengepungan Gaza berakhir: Hamas

 

SEMENANJUNG GAZA – Bantahan besar-besaran ‘The Great March of Return’ yang dijadual berlangsung selama enam minggu, akan tetap diteruskan sehingga pengepungan di Semenanjung Gaza berakhir.

Ketua Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Ismail Haniyeh berkata, walaupun lebih 30 rakyat Palestin terbunuh sewaktu perarakan itu, namun ia tidak akan menghentikan usaha untuk meneruskan protes berkenaan.

“Kita akan kembali ke Palestin, kampung kita dan Baitulmaqdis. Walaupun perarakan damai dan bertamadun ini telah memasuki minggu kedua, namun semangat rakyat Palestin masih sama seperti ia baru bermula,” katanya.

Ismail bekata demikian ketika berucap di sebuah kem bantahan yang beroperasi di sepanjang sempadan dengan Israel, semalam.

Beliau turut menegaskan bahawa perarakan melibatkan ribuan rakyat Palestin itu aman, dan Hamas bersedia mengangkat senjata melawan rejim pengganas Tel Aviv sekiranya keadaan mendesak.

Sejak 30 Mac lalu, puluhan ribu penduduk Palestin berarak ke pagar sempadan yang memisahkan antara Gaza dengan Israel, menuntut Tel Aviv membenarkan jutaan pelarian Palestin kembali semula ke kediaman mereka yang dirampas.

Bantahan aman yang dikenali sebagai ‘March of Return’ itu bertukar sebaliknya apabila pasukan rejim pengganas menggunakan gas pemedih mata dan senjata lain terhadap penunjuk perasaan sehingga menyebabkan lebih 30 orang terbunuh, dan 1,500 yang lain cedera. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts