Martabat Jawi : Kerajaan sokong kempen ‘Hari Jumaat Hari Jawi’

 

PUTRAJAYA: Sebagai langkah mengekalkan dan memperkasakan sebahagian tradisi dan kebudayaan yang membentuk Malaysia sehingga ke hari ini, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menguar-uarkan Kempen “Hari Jumaat Hari Jawi” bermula hari ini.

Syor tentang kempen itu telah dibawa dalam mesyuarat kabinet Rabu lalu, dan mendapat sokongan penuh daripada semua anggota jemaah menteri.

Sementara itu dalam menzahirkan iltizam memartabatkan tulisan Jawi di peringkat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), kepala surat rasmi (letterhead) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) turut akan menggunakan tulisan Jawi bagi urusan rasmi.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, menterinya Datuk Dr Zulkifli Mohamad Albakri berkata penggunaan tulisan Jawi di media sosial juga diperluaskan kepada setiap media sosial rasmi agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

“Saya ingin menyeru seluruh Kementerian, Jabatan, Agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama dalam usaha memelihara warisan negara ini”, jelas Zulkifli.

Tulisan Jawi diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana termaktub dalam Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan 1963 / 67, yang menyebut, “Tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi: dengan syarat bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu, yang lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi, bagi bahasa kebangsaan.” — AlHijrah Online

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts