Masjid diserang di utara Netherland

 

DRACHTEN – Sebuah masjid di utara bandar ini cuba dibakar pihak tidak dikenali, kata Pengurus Pusat Yayasan Islam Drachten, Khalid Bennaceur, semalam.

Katanya, masjid itu yang diuruskan yayasan berkenaan, kerap didatangi penduduk yang kebanyakannya kelahiran Maghribi

“Jemaah masjid yang datang untuk solat Subuh memberitahu mereka terhidu bau bahan pembakar di dalam masjid itu.

“Ketika kami datang untuk solat Zohor, kami menyedari bahawa terdapat kesan kebakaran pada dinding dan tingkap pula dipecahkan di bahagian belakang masjid itu,” katanya.

Serangan itu dipercayai dilakukan kira-kira jam 4 pagi, semalam. Pelaku kejadian itu dipercayai melarikan diri selepas kebakaran.

Katanya, polis telah memulakan siasatan terhadap kejadian itu. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts