‘Hentikan genosid’ wanita Uyghur bantah China bina kem tahanan

 

ISTANBUL– Ratusan wanita Uyghur di Istanbul mengadakan tunjuk perasaan beramai-ramai bagi membantah tindakan China yang mewujudkan kem tahanan di wilayah Xinjiang.

Bantahan yang dilakukan pada Selasa itu juga bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa.

Media tempatan melaporkan, para penunjuk perasaan berkumpul di hadapan Konsulat China dengan melaungkan ‘Hentikan genosid’ dan ‘Tutup kem’.

Sementara itu, peguam antarabangsa yang juga aktivis hak asasi manusia, Gulden Sonmez dalam sidang media berkata: “Kami adalah suara untuk wanita Uyghur. Kami menentang pembunuhan itu.”

Wilayah Xinjiang yang juga dikenali sebagai Turkistan Timur diduduki oleh kira-kira 10 juta orang penduduk Uyghur.

Etnik minoriti muslim itu telah lama menuduh rejim China melakukan diskriminasi budaya, agama dan ekonomi.

China telah meningkatkan sekatannya di rantau berkenaan dalam dua tahun terakhir, termasuk melarang kaum lelaki membela janggut dan mengharamkan wanita memakai tudung.

Sehingga kini, sejuta orang atau sekitar tujuh peratus daripada populasi muslim di Xinjiang telah dipenjara di kem tahanan, menurut pegawai Amerika Syarikat (AS) dan ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Laporan Human Rights Watch (HRW) pada 2018 memperincikan kempen pemerintah China mengenai penahanan, penyeksaan, indoktrinasi politik paksa serta pengawasan ke atas umat Islam di Xinjiang.

Bagaimanapun, China berulang kali menafikan tuduhan bahawa mereka mengendalikan kem tahanan, sebaliknya menegaskan kononnya kem berkenaan bertujuan mendidik semula etnik Uyghur. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts