Pelajar OKU johan tilawah Al-Quran karnival dakwah SKPM peringkat Kelantan

14hmqaya.transformed

 

TUMPAT, Khamis – Kekurangan fizikal bukan halangan buat pelajar orang kurang upaya (OKU) dinobatkan johan tilawah al-Quran sempena Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (SKPM) Peringkat Negeri Kelantan di sini.

Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Melor, yang mengalami rabun teruk sejak dilahirkan, tidak menjadikan kekurangan itu sebagai penghalang untuk beliau mempelajari bacaan al-Quran sejak usianya enam tahun.

Anak sulung daripada enam beradik itu belajar taranum ketika berusia sembilan tahun dan setiap minggu bapanya, Sarimi Yusoff, 51, akan menghantarnya ke rumah guru untuk belajar taranum.

“Saya lebih selesa menggunakan radio apabila mendengar alunan al-Quran malah ia merupakan hobi saya pada waktu lapang,” katanya kepada pemberita selepas menerima hadiah tilawah tersebut di SMKA Falahiah di sini, hari ini.

Sarimi berkata setiap hari Jumaat dan Ahad beliau akan menghantar Qayyim ke rumah ustaz Abdul Rahim Ahmad dan ustaz Che Yahaya Daud, kedua-duanya merupakan bekas johan Tilawah al-Quran peringkat antarabangsa.

Sebelum ini, Qayyim pernah merangkul johan Majlis Tilawah al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan pada tahun 2011, 2012, 2013 dan 2015.

Sarimi berkata tahun ini anaknya akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan beliau amat berharap Qayyim mendapat tenaga pengajar bagi subjek Matematik dan Sains yang mahir menggunakan Braille, bagi membolehkan  Qayyim mendapat keputusan cemerlang.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/05/pelajar-oku-johan-tilawah-al-quran-karnival-dakwah-skpm-peringkat-kelantan/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts