Perjanjian terjejas jika Abbas teruskan sekatan: Hamas

 

GAZA – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) memberi amaran terhadap kelewatan Presiden Mahmoud Abbas dalam menamatkan sekatan ke atas Gaza akan meletakkan risiko terhadap perjanjian kesepakatan yang ditandatangani antara dua pihak berkenaan, minggu lalu.

“Kesinambungan langkah-langkah hukuman terhadap rakyat kita di Gaza, sebulan selepas pembubaran majlis pentadbiran akan merosakkan suasana umum untuk perdamaian,” kata jurucakap parti itu dalam satu kenyataan, kelmarin.

Bulan lalu, Hamas bersetuju membubarkan majlis pentadbirannya, dan mengembalikan kuasa awam di wilayah berkenaan kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) sekali gus mengakhiri persengketaan selama 10 tahun.

Bagaimanapun, Abbas menggugurkan beberapa langkah yang diambil terhadap Gaza, antaranya pengurangan pembayaran tenaga bagi wilayah itu, yang menyebabkan dua juta penduduknya hanya menikmati beberapa jam sahaja bekalan elektrik setiap hari.

Hamas dijangka menyerahkan lintasan sempadan Gaza pada 1 November depan sebelum pemindahan kuasa sepenuhnya pada 1 Disember. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts