Mulakanlah dengan bismillah

 

بسم الله الرحمن الرحيم

Maksudnya: (Aku mulakan perbuatanku ini) dengan nama Allah iaitu al-Rahman (yang Maha Pemurah kepada seluruh makluk didunia) al-Rahim (yang Maha Mengasihani kepada hamba-hambanya yang beriman pada Hari Kiamat)

Pengajaran:

1. Allah memerintahkan Nabi SAW dan umat Islam untuk memulakan semua perbuatan dengan membaca bismillah, sebagaimana perintah Allah dalam surah al-Alaq atau surah Iqra’.

2. Semua amalan baik yang tidak dimulakan dengan bismillah akan hilang keberkatan.

3. Membaca bismillah menjadi benteng menghalang syaitan menyertai amalan kita.

4. Membaca bismillah tanda seseorang itu bersyukur dan bertawakkal kepada Allah.

5. Tidak dibenarkan membaca bismillah ketika melakukan perkara makruh dan haram.

6. Allah bersifat Rahmah kepada makluk didunia, tempat beramal dan ujian, supaya manusia dan jin mensyukuri segala nikmat daripada penciptaan alam langit, bumi dan isi-isinya.

7. Antara nikmat Allah adalah panduan hidup dalam al-Quran, pengutusan rasul untuk menjadi teladan.

8. Apabila manusia takbur, tidak bersyukur, tidak taat, melakukan jenayah dosa dan maksiat serta tidak bertaubat maka di akhirat kasih sayang Allah hanya kepada hambanya yang bersyukur.

Ustaz Annuar Salleh

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts