Masjid tempat bersatu bukan punca perpecahan

 

SEMASA hijrah Rasulullah ﷺ perkara pertama yang baginda lakukan ialah membina masjid kerana ianya adalah tempat menyatukan ummah dari pelbagai kaum dan kabilah arab.

2. Pengalaman saya menguruskan pembinaan masjid hampir 50 buah masjid dalam tempoh kurang lebih lapan tahun, memberi petunjuk yang sebaliknya kerana hampir 90 peratus AJK masjid berpecah kepada dua kumpulan malah ada yang lebih daripada itu.

3. Perpecahan tersebut disebabkan oleh fahaman politik yang berbeza. Pengerusi yang buat keputusan sendiri, AJK kaki bangkang, isu tabung masjid dan lain-lain perkara titik bengik yang boleh diselesaikan sekiranya semuanya melaksanakan amanah dengan penuh keikhlasan.

4. Jawatankuasa masjid adalah merupakan tugasan kerja sukarela tetapi memandangkan ianya merupakan tempat berpengaruh dalam masyarakat. Tambahan pula, tabung masjid yang boleh mencapai jutaan ringgit maka ianya mudah menimbulkan prasangka di kalangan AJK dan ahli qariah.

5. Perkara yang paling menyedihkan adalah masjid yang aktif dengan pelbagai aktiviti yang mana program kuliah Dhuha sahaja boleh mencapai ratusan pendengar, telah menjadi punca perpecahan qariah kerana pelbagai fahaman.

6. Ini berpunca kerana terdapat AJK yang terlalu memberi kelonggaran kepada beberapa golongan qariah membawa penceramah mengikut kefahaman masing-masing seperti fahaman politik yang berbeza, fahaman ekstrim terhadap mazhab tertentu dan pelbagai aliran lain yang tidak melihat realiti mayarakat setempat.

7. Akibatnya, walaupun masjid tersebut aktif dengan pelbagai aktiviti kuliah tetapi ianya telah menjadi punca perpecahan sesama masyarakat dan AJK kerana terlalu terbuka dan tiada kawalan terhadap penceramah yang diundang.

8. Sekiranya kita boleh menjadikan masjid sebagai contoh tempat penyatuan ummah setempat, insya-Allah penyatuan yang lebih besar di seluruh negara dan dunia Islam akan berlaku.

Tn Hj Mohd Tahir Hamdan
Ketua Perhubungan ISMA Negeri Johor

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts