Masjid UK, Ireland buka pintu kepada gelandangan berteduh cuaca sejuk

 

LONDON – Beberapa masjid di United Kingdom (UK) dan Ireland membuka pintu kepada gelandangan, ketika cuaca sejuk berterusan melanda sebahagian besar negara itu, menyebabkan suhu jatuh di bawah paras beku.

Kebimbangan terhadap warga negara itu yang menghadapi kesulitan meningkat selepas Jabatan Meteorologi United Kingdom mengeluarkan amaran tahap merah salji, bagi barat daya England dan selatan Wales.

Amaran tahap kuning juga dikeluarkan bagi seluruh UK semalam, dengan Ribut Emma membawa salji tebal dan angin kuat yang boleh memberi risiko kepada nyawa.

“Keadaan suhu amat teruk. Jadi kami memikirkan kenapa tidak melakukan sesuatu untuk membantu,” kata Pemegang Amanah Masjid Makki di utara Manchester, Rabnawaz Akbar.

Bagi tempoh beberapa hari lalu, sukarelawan mula menyediakan makanan dan tempat perlindungan kepada gelandangan di Manchester.

Pihak masjid juga menawarkan kemudahan kepada mereka yang mencari tempat tinggal.

Disebabkan masjid terletak di kebanyakan kawasan komuniti Asia Selatan, hidangan yang disediakan termasuk makanan tradisi Bangladesh dan Pakistan seperti nasi dan kari ayam.

Rabnawaz berkata, jumlah gelandangan di Manchester semakin meningkat.

“Langkah penjimatan sejak lebih lapan tahun lalu bermakna perkhidmatan sokongan yang diperlukan oleh rakyat sudah tiada. Penyelesaiannya bukan hanya mengenai mereka yang tidak berumah, tetapi juga sesetengahnya mempunyai masalah kesihatan mental.

 

 

“Antaranya adalah mangsa keganasan rumah tangga, penagih dadah atau pendatang yang tiada dokumen – mereka tidak mempunyai akses kepada dana awam.

“Bagi memastikan mereka tidak berada di jalanan, anda perlu memberi khidmat sokongan, bukan hanya memberi mereka tempat untuk bermalam. Malangnya, kerana peruntukan kepada kerajaan tempatan dipotong, mereka tiada dana untuk membantu,” katanya.

Jamie adalah antara empat gelandangan yang bermalam di masjid.

“Saya adalah penagih dadah. Saya tidak pernah masuk ke masjid sepanjang hidup saya. Saya didatangi seorang lelaki yang bertanya sama ada saya gelandangan dan mahu bermalam di masjid.

“Mereka membuatkan saya seperti dihargai. Beri saya sesuatu untuk makan dan minum, sesuatu yang kerajaan tempatan tidak dapat sediakan untuk orang seperti kami,” katanya.

Jamie berkata, pihak media kerap menggambarkan perkara negatif mengenai masjid.

“Anda selalu mendapat gambaran mengenai masjid. Tiada siapa yang menyukainya. Saya tidak digalakkan untuk menjadi radikal,” katanya.

Masjid Besar Leeds; Masjid Oldham; Masjid Finsbury Park; Masjid Canterbury dan Masjid Clonskeagh di Dublin, yang sebahagian daripada Pusat Kebudayaan Islam Ireland, turut membuka pintu mereka kepada gelandangan.

“Kami menempatkan anggota keselamatan pada waktu malam, pasukan penyelenggara diarah mengambil langkah mengawasi susu dalam bangunan, terutama pada waktu malam,” kata Ketua Komuniti Kebajikan Pusat Kebudayaan Islam Ireland, Summayah Kenna kepada Radio 98FM Dublin.

Menurut laporan terdapat kira-kira 5,000 gelandangan boleh ditemui tidur di jalanan, terutama pada musim luruh tahun lalu. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts