Masjid Wilayah jadi ‘masjid angkat’ Masjid Al-Aqsa

 

KUALA LUMPUR – Masjid Wilayah Persekutuan hari ini diumumkan sebagai ‘masjid angkat’ kepada Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam Forum Antarabangsa MyAqsa bertajuk 100 Tahun Musibah Balfour yang dianjurkan di Masjid Wilayah Persekutuan.

 

 

Signifikannya pengumuman itu ialah sebagai tanda solidariti kepada Masjid Al-Aqsa yang kini berhadapan ancaman berikutan keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Keputusan menjadikan Masjid Wilayah Persekutuan sebagai ‘masjid angkat’ kepada Masjid Al-Aqsa juga dipersetujui dan amat dihargai oleh pihak masjid berkenaan menerusi sepucuk surat yang diutuskan kepada MyAqsa. – UTUSAN ONLINE

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts