Masyarakat Islam Paris solat tepi jalan, protes penutupan masjid

 

PARIS – Ratusan umat Islam bersolat di tepi jalan di hadapan Plaza Dewan Bandar, Paris Clichy la Garenne pada Jumaat, sebagai protes penutupan masjid di negara itu.

Beratus-ratus umat Islam berkumpul dengan beralaskan tikar, surat khabar dan permaidani di pinggir bandar itu, sambil dikelilingi dan diperhati oleh pihak berkuasa tempatan.

Tindakan itu dikatakan bukan perkara baharu dilakukan mereka ekoran isu kekurangan masjid dan tindakan kerajaan Perancis menindas hak masyarakat Islam di negara itu dianggarkan kira-kira lima juta orang.

Difahamkan, Dewan Bandaraya Clichy mahu menukar masjid di kawasan itu kepada perpustakaan multimedia untuk 60,000 penduduk bandar berkenaan.

Sebelum ini, calon presiden sayap kanan, Marine Le Pen mengecam tindakan masyarakat Islam solat di jalanan mengukuhkan lagi anti pendatang dan anti Islamnya.- Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts