Mat Kilau, Munafik dan Idealisme

Mat Kilau akhirnya telah pun mengalahkan Munafik 2, mengikut jumlah kutipan tertinggi, dalam medan teater dan hiburan.

Demikianlah juga kita mungkin boleh kiaskan secara tafaa’ul (optimisme), bahawa idea kepahlawanan akan menjatuhkan para idea kemunafikan, suatu masa nanti.

Munafik itu tiada identiti, tiada jatidiri, tiada kesetiaan kepada bangsa dan negara, kerana prinsip mereka hanya mana-mana yang untung di dunia. Kemanusiaan mereka hanya diterjemah di dalam keuntungan dunia dan kepuasannya yang sementara, jadilah mereka manusia yang tempang, cacat dan hina.

Sedangkan pahlawan sejati, hidupnya untuk dunia dan akhirat, lalu perjuangan dan idealisme mereka akan menawan segala jiwa manusia yang mencari, dan mendambakan erti sebenar kemanusiaan.

“Maka adapun yang buih-buih itu akan hilang dengan sia-sia, manakala yang memberi manfaat kepada manusia akan kekal di atas muka bumi ini, demikianlah Allah memberikan perumpamaan” – Surah Ar-Ra’d

Ustaz Syamil Esa
Pengarah Sekretariat
Majlis Ulama ISMA (MUIS)

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts