MBSB jadi institusi kewangan Islam penuh 2021

 

KUALA LUMPUR: Malaysia Building Society Bhd (MBSB) dijangka melengkapkan proses peralihan dalam menjadi institusi kewangan Islam sepenuhnya menjelang 2021.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Ahmad Zaini Othman berkata, institusi berkenaan mempunyai aset patuh Syariah sejak 2013 dan sehingga kini lebih daripada 90 peratus portfolio asetnya adalah berstatus patuh Syariah.

Beliau berkata, bagi 10 peratus portfolio aset itu adalah konvensional dan dijangka akan selesai ditukarkan kepada aset patuh Syariah dalam tempoh dua tahun yang dianggarkan bernilai kira-kira RM1 bilion. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
  1. Semoga Allah swt memberi kemudahan untuk kita semua amalkan agama Islam yang sempurna, aamiiin yaRobbal’aalamiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts