Melampau! Rejim Israel halau 10 keluarga Palestin

 

RAMALLAH – Jentolak rejim pengganas Israel memusnahkan tanah Palestin di kampung Ras Karkar, sebelah barat Ramallah, untuk membina saluran paip kumbahan.

Nu’man Nofal, seorang petani dari kampung itu, memberitahu agensi berita Wafa, bahawa jentolak Israel memusnahkan tanah penduduk, yang dikenali sebagai Ras Abu Zaitoun, untuk memasang saluran paip kumbahan untuk penempatan penjajah Israel yang berdekatan.

Selain itu, Nu’man mengatakan bahawa pasukan penjajah Israel membuka jalan tanah yang melintasi sebidang tanah 50 dunum (0.05 kilometer persegi) di lokasi yang sama.

Nu’man berkata, walaupun dia berjaya mendapatkan kembali tanahnya tahun lalu – namun, tentera rejim Israel mencabut sebahagian besar pokok dan memusnahkan tanaman di tanah miliknya.

Sementara itu, pasukan penjajah Israel hari ini secara paksa mengusir lebih daripada sepuluh keluarga Palestin di Lembah Jordan utara untuk melakukan latihan ketenteraan, lapor Wafa.

Pegawai kanan yang memantau kegiatan penempatan Israel, Moataz Basharat berkata, tentera Israel memaksa sepuluh keluarga yang tinggal di perkampungan Al-Burj dan Al-Maita di Lembah Jordan yang diduduki keluar dari rumah.

Basharat berkata, latihan itu dilakukan dengan peluru hidup, dan ‘bertujuan untuk mengusir orang Palestin dari Lembah Jordan‘.

Lembah Jordan, yang merupakan hampir satu pertiga dari Tebing Barat yang diduduki, adalah rumah bagi 65,000 penduduk Palestin yang tinggal di 28 kampung.

Sejak tahun 1967, ketika tentera Israel menduduki Tebing Barat, Israel telah memindahkan sekurang-kurangnya 11,000 warga Yahudi ke Lembah Jordan. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts