Tebing Barat dikenakan perintah berkurung 5 hari

 

RAMALLAH – Palestin mengarahkan perintah berkurung di Tebing Barat yang dijajah,  mulai hari ini hingga Jumaat susulan peningkatan mendadak kes COVID-19.

Jurucakap kerajaan, Ibrahim Melhem dalam satu kenyataan berkata, pergerakan antara bandar Palestin tidak dibenarkan kecuali bagi pekerja kesihatan.

Katanya, sekolah dan kolej juga telah diarahkan tutup selama lima hari pelaksanaan perintah berkenaan. 

Bagaimanapun, perintah itu tidak termasuk Semenanjung Gaza, yang diperintah oleh kumpulan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas)  

Terdahulu, pihak berkuasa kesihatan Palestin mengesahkan 27 kematian dan 1,784 kes jangkitan baharu COVID-19 pada Sabtu, menjadikan jumlah keseluruhan di Tebing Barat dan Gaza kepada 234,449 kes termasuk 2,494 kematian. –  Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts