Memposisikan diri dalam agenda Islam dan agenda jahiliyah

 

IRONINYA, kita hanya memerlukan satu perbezaan untuk tidak bersama dengan agenda mempertahankan isu-isu Islam (atau berpecah dalam agenda Islam) tetapi hanya memerlukan satu persamaan dengan orang bukan Islam untuk bersama mempertahankan agenda yang dipelopori oleh bukan Islam.

Nak kata jahil, dah diterangkan sejelas-jelasnya. Kalau itu bukan nifaq, saya tak tahu nak kategorikan sebagai apa.

Mungkin atas sebab itu berapa banyak ayat Quran yang diturunkan untuk tidak mewalikan (mengambil teman rapat, kawan seperjuangan dan seagenda, dan pemimpin) orang kafir, berbanding dengan ayat-ayat seruan untuk menyatupadukan umat Islam, kerana kita lebih cenderung untuk terpedaya dengan tipudaya mereka, berbanding mempercayai teman saudara seakidah kita sendiri.

 

 

Sedangkan logika fiqh mengatakan bahawa “Air yang lebih dua kolah tidak memikul najis”, dan “najis yang sedikit pun tidak sah dibawa sembahyang”.

Jadi, pilihlah kelompok mana yang kita mahu bersama. Hakikatnya, hidup kita memang bermula dan berakhir dengan sembahyang.

Jika mahu sembahyang hidup kita diterima Tuhan, maka pilihan dalam hidup kita juga harus cukup syarat sahnya.

Wallahua’lam.

Ustaz Ahmad Syamil Md Esa

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts