Menteri jamin prosedur pelarian kembali ke Syria dipermudahkan

NEW YORK – Menteri Luar Negeri Syria mendakwa pintu untuk pelarian kembali ke negara itu masih terbuka, walaupun terdapat amaran mengenai bahaya yang dihadapi mereka di wilayah yang dikuasai rejim.  

Faisal Mekdad membuat kenyataan itu dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, semalam.

Faisal memberi jaminan bahawa rejim Presiden Bashar al-Assad sedang melaksanakan prosedur yang diperlukan untuk memudahkan para pelarian pulang. 

Akan tetapi, prosedur seperti itu telah lama menjadi perhatian dan pertikaian kumpulan hak asasi manusia.  

Selama bertahun-tahun telah dinyatakan bahawa pelarian yang pulang ke negara asal ditahan, hilang, diseksa dan kadang kala dibunuh oleh pihak berkuasa rejim.

Pelarian kembali ke Syria telah lama menjadi isu kontroversi selepas pertempuran di negara itu hampir tamat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, namun PBB dan sebahagian besar masyarakat antarabangsa – selain daripada pengecualian seperti Denmark – terus menganggap Syria sebagai tidak selamat.

Awal bulan ini, PBB dituduh berusaha mengembalikan pelarian Syria di kem Rukban secara paksa ke wilayah yang dikuasai rejim, namun tuduhan itu dinafikan sekeras-kerasnya.

Berikutan letusan revolusi Syria pada tahun 2011 dan tindakan keras rejim Assad terhadap penunjuk perasaan secara aman, kira-kira separuh daripada populasi praperang iaitu seramai 23 juta penduduk negara itu telah melarikan ke luar negara. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts