Mesir-Qatar teruskan hubungan diplomatik sejak krisis Teluk berakhir

 

KAHERAH – Mesir bersetuju untuk meneruskan hubungan diplomatik dengan Qatar, menurut Kementerian Luar semalam.

“Republik Arab Mesir dan negara Qatar telah bertukar dua nota rasmi hari ini (20 Januari), di mana kedua-duanya bersetuju untuk meneruskan hubungan diplomatik,” kata kementerian itu menerusi kenyataan. 

Pada Isnin, penerbangan terus pertama antara Qatar dan Mesir serta Emiriah Arab Bersatu (UAE) beroperasi semula setelah krisis Teluk selama lebih tiga tahun berakhir.

Mesir adalah sebahagian daripada negara Teluk Arab yang memutuskan hubungan diplomatik dan ekonomi dengan Qatar pada Jun 2017.

Empat negara – termasuk Arab Saudi, UAE dan Bahrain – menuduh Qatar menyokong keganasan dan mempunyai kaitan dengan Iran sebelum menguatkuasakan sekatan darat, udara dan laut dengan negara itu. 

Tuduhan berkenaan bagaimanapun dinafikan oleh Qatar sehingga kini. Keempat-empat negara berkenaan kini mengumumkan pembukaan semula ruang udara mereka ke Qatar. 

Sebanyak 300,000 rakyat Mesir mula membuat perjalanan pulang, selepas ramai yang terkandas ketika konflik berlaku, menurut statistik rasmi. 

Dalam pada itu, Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohamed bin Abdulrahman Al Thani memaklumkan perkembangan dalam dialog antara Doha dengan UAE. 

“Terdapat beberapa perbincangan, dan kita berharap dapat melanjutkannya serta bersedia menangani masalah antara mereka dengan Qatar atau kita dengan UAE.-Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts