Mesyuarat CEP tidak sentuh hal bubar JAKIM: Mufti Wilayah

 

KUALA LUMPUR – Tiada perbincangan berhubung cadangan pembubaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) hari ini, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata mesyuarat yang berlangsung 90 minit itu hanya menyentuh penerangan berhubung tafsiran ayat-ayat al-Quran dan hadis berkaitan suasana masyarakat masa kini dan negara.

“Tiada (perbincangan mengenai Jakim). Bahkan, saya pegang apa yang Tun (Dr Mahathir Mohamad) nyatakan semalam bahawa isunya bukan membubarkan (Jakim), ia mengenai peranan dan juga bagaimana mengemas kini atau memperkasakannya,” katanya kepada media selepas menghadiri mensyurat bersama CEP di Menara Ilham, di sini.

Sebelum ini, Perdana Menteri berkata peranan Jakim akan dibincangkan semula dengan mengumpulkan sejumlah ilmuan Islam serta cendekiawan lain untuk membincangkan masa depan jabatan itu.

Dr Mahathir berkata, langkah tersebut adalah bagi melihat semula peranan badan berkenaan sama ada perlu dikekalkan seperti sekarang, atau dikembalikan kepada tujuan asal ia ditubuhkan dulu.

Mesyuarat CEP hari ini turut memanggil pakar dalam bidang masing-masing seperti Prof Datuk Dr Raduan Che Rose mewakili Majlis Profesor Negara, Tan Sri Dr Yahya Awang (perubatan) dan Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin (penggiat seni). – Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts