Mufti Negeri Sembilan nafi saran batal himpunan ICERD

 

BANGI – Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad menafikan laporan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa beliau menyarankan perhimpunan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada 8 Disember ini tidak diteruskan.

Kesal dengan perkara itu, Mohd Yusof menjelaskan, beliau tidak menyatakan supaya perhimpunan membantah konvensyen antarabangsa itu ditangguh atau dibatalkan seperti dilapor akhbar terbabit dua hari lalu.

Beliau berkata, perhimpunan yang bakal diadakan di Kuala Lumpur itu boleh diteruskan sekiranya mendapatkan kebenaran dan permit daripada pihak berkuasa.

“Saya tidak ada menyatakan supaya perhimpunan membantah ICERD itu ditangguhkan atau dibatalkan. Sebaliknya, saya menyebut penganjur perlu ikut dan patuh kepada keputusan pihak berkuasa.

“Jika ianya dibenarkan, patuhilah peraturan yang ditetapkan untuk berhimpun,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Laporan yang disiarkan sebuah akhbar tempatan itu mendakwa beliau menggesa supaya penganjuran himpunan ICERD minggu depan tidak diteruskan, bagi mengelak kejadiaan tidak diingini.

Beliau dilaporkan mendakwa, perhimpunan yang pernah diadakan sebelum ini mencetuskan pelbagai kekecohan, sekali gus menyarankan supaya ia dibatalkan.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, walaupun PAS menyambut baik keputusan kerajaan tidak meratifikasi ICERD, himpunan yang dijadual pada 8 Disember akan diteruskan seperti dirancang.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata, format himpunan berkenaan ditukar kepada himpunan meraikan kejayaan rakyat membantah ICERD. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts