Mufti Perak sedih tengok sesama Melayu berpecah

 

IPOH – Orang Melayu perlu bersepakat membentuk penyatuan dengan berpaksikan kepada agama Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, beliau sedih melihat keadaan sekarang di mana orang Melayu berusaha menjatuhkan bangsa sesama sendiri.

Menyifatkan perpecahan dalam kalangan orang Melayu kelihatan terlampau parah, katanya semua itu perlukan penyatuan semula dalam kalangan bangsa.

Jelas beliau, pendapat sarjana dunia yang mengkaji mengenai hal ehwal manusia dan undang-undang, semuanya mengatakan Islam itulah yang paling baik.

“Namun, manusia ini dia sombong, walaupun mengakuinya, tetapi dia tidak melakukannya. Kita tengok orang India dan Cina, mereka juga berselisih dari segi politik, tetapi tidak dari segi bangsa.

“Tetapi orang Melayu ini susah, sedikit sahaja perselisihan pendapat, mereka tidak bertegur. Padahal kata nabi, perbezaan pendapat itu merupakan satu rahmat kerana ia membuka kepada pemikiran supaya kita lebih maju,” katanya dipetik Utusan Online.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Ke-200 di Pusat Islam Darul Ridzuan, semalam. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts