Munaqasyah kedua isu kalimah Allah dua minggu lagi

 

KUALA PERLIS – Perbincangan kedua berhubung penggunaan kalimah Allah yang melibatkan pakar panel akidah dan undang-undang daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan diadakan dalam tempoh kira-kira dua minggu lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perbincangan khas, atau ‘munaqasyah’ itu adalah dari sudut perundangan dan memperkasakan apa juga fatwa berkaitan kalimah Allah.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas melakukan lawatan kerja ke Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) hari ini, beliau berkata, hasil munaqasyah pertama berhubung isu berkenaan sudah dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja pada 17 Mac lepas.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Mac lepas memutuskan bahawa penganut agama Kristian di seluruh negara boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab iaitu Baitullah, Kaabah dan solat, dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan, namun Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi pada 15 Mac lepas. -Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
8
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts