Musab Firas remaja Palestin pertama tahun ini dibunuh regim Israel

 

TEBING BARAT – Tentera rejim pengganas Israel menembak mati seorang remaja Palestin di tengah Tebing Barat ketika tunjuk perasaan membantah langkah Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa Musab Firas al-Tamimi, 17 tahun, cedera parah ditembak ketika berpuluh-puluh orang mengadakan demonstrasi di kampung Deir Nidham, kira-kira 23 kilometer di barat laut Ramallah.

“Dia meninggal dunia dua minit selepas dibawa ke hospital oleh kakitangan perubatan Bulan Sabit Merah Palestin,” kata kenyataan itu.

Musab menjadi rakyat Palestin pertama dibunuh pengganas Zionis tahun ini.

Pada 6 Disember lalu, Trump mengumumkan keputusannya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan akan memindahkan kedutaan AS di Tel Aviv ke bandar yang diduduki.

Peralihan dramatik dalam dasar Washington terhadap bandar itu mencetuskan demonstrasi di wilayah Palestin yang diduduki, Iran, Turki, Mesir, Jordan, Tunisia, Algeria, Iraq, Maghribi dan negara-negara Islam lain. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts