Muslim tidak menyembah Kaabah

 

1. PERHATIKAN gambar Kaabah ini. Keadaannya lengang sunyi tanpa pengunjung yang datang menunaikan tawaf atau solat disekitarnya. Suasana ini sekaligus menafikan dakwaan mereka yang menuduh bahawa Muslim itu adalah penyembah Kaabah.

2. Andai agama Islam mendidik Muslim menyembah Kaabah, bagaimana mungkin badan berautoriti Saudi boleh menyekat kemasukan tetamu Allah untuk menunaikan solat. Ini jelas menunjukkan bahawa Kaabah hanyalah berfungsi sebagai Kiblat, pusat penyatuan umat Islam. Muslim hanya menyembah Allah semata.

3. Ingatkah kita bagaimana Allah menceritakan di dalam al-Quran tentang sejarah pembangunan Kaabah. Proses pembinaan ini bermula dengan usaha Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim bersama anaknya Ismail telah mendirikan asas binaan Kaabah. Firman Allah:

وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا

“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami).”

 

 

4. Tahukah anda bagaimana Nabi Ibrahim itu seorang yang sangat membenci berhala. Beliau bersungguh mencegah kaumnya dari menyembah batu. Adalah tidak logik untuk menyatakan bahawa Muslim itu menyembah batu berhala andai pengasasnya sendiri membenci penyembahan berhala. Perkara ini dinyatakan oleh Allah di dalam al-Quran:

إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ لِمَ تَعْبُدُ مَا لَا يَسْمَعُ وَلَا يُبْصِرُ وَلَا يُغْنِي عَنكَ شَيْئًا

“Ketika Ibrahim berkata kepada bapanya:” Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah (berhala batu) benda yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat menolongmu sedikitpun?

5. Peranan Kaabah ini sangat difahami oleh Saidina Umar. Ketika mencium Hajarul Aswad Umar pernah berkata menjelaskan bahawa batu tersebut hanyalah batu yang tidak memberikan mudarat kepada manusia. Tetapi oleh kerana ia adalah syariat dan perkara ubudiyyah yang telah digariskan oleh Rasulullah, maka Saidina Umar menuruti apa yang dilakukan oleh Baginda. Kata Umar:

إني أعلم أنك حجر لا تضر ولا تنفع ، ولولا أني رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقبلك ما قبلتك

“Sesungguhnya aku mengetahui yang engkau hanyalah batu (Hajarul Aswad) yang tidak memberikan sebarang manfaat maupun mudarat. Kalaulah bukan kerana aku melihat Rasulullah menciumnya, maka pasti aku tidak akan menciummu (sekiranya Rasulullah tidak melakukan sedemikian) (HR Muslim)

6. Jelas di sini bahawa Muslim tidak menyembah berhala. Allah mendidik Muslim menjadikan Kaabah sebagai kiblat penyatuan hati. Andai sekiranya bencana berlaku terhadap Kaabah, ia sedikit pun tidak menjejas keimanan dan ibadah Muslim kepada Allah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Majlis Ulama ISMA

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts