Muslim Uighur yang dipaksa berpisah dengan anak-anak mereka

 

Pemerintah China dengan sengaja memisahkan anak-anak Muslim di wilayah Xinjiang dari keluarga, agama, dan bangsa mereka.

Berdasarkan dokumen umum, dan disokong oleh puluhan wawancara dengan keluarga di luar negeri, BBC telah mengumpulkan beberapa bukti yang sangat kuat tentang apa yang terjadi pada anak-anak di wilayah tersebut.

Seiring dengan usaha untuk mengubah identiti orang dewasa di Xinjiang, bukti menunjukkan bahawa ada usaha yang sama juga untuk memisahkan kanak-kanak secara sistematik dari keluarganya.

Dalam 54 wawancara yang berasingan, kenyataan yang penuh dengan ketakutan dan kesedihan, ibu, bapa, datuk, dan nenek mendedahkan butiran mengenai kehilangan lebih daripada 90 anak mereka di Xinjiang.

“Saya tidak tahu siapa yang mengurus mereka sekarang,” kata seorang ibu, sambil menunjukkan gambar tiga anak perempuannya, “tidak ada perhubungan langsung dengan mereka.”

Ibu yang lain, memeluk gambar anaknya tiga lelaki dan seorang perempuan, menyapu air matanya. “Saya dengar mereka dibawa ke rumah anak yatim,” katanya.

Walau bagaimanapun, perkara ini ditolak oleh kerajaan China. Bercakap kepada BBC, Xu Guixiang, seorang pegawai kanan di Jabatan Propaganda Xinjiang, menafikan bahawa negara terpaksa merawat sejumlah besar kanak-kanak yang terpisah daripada ibu bapa mereka. Namun bekas tahanan mendakwa mereka dipisahkan daripada anak-anak mereka. – BBC Indonesia

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts