home Semasa Negara haram Israel mahu rampas puluhan dunam tanah Palestin

Negara haram Israel mahu rampas puluhan dunam tanah Palestin

 

BETHLEHEM – Negara penjajah Israel bersetuju melaksanakan rancangan merampas puluhan dunam tanah Palestin di wilayah Bethelem, Tebing Barat yang diduduki.

Pengarah pejabat tembok tahanan dan penjajahan di Bethlehem, Hasan Brejiyeh berkata, rampasan tanah di sekitar penempatan haram Bitar Illit bertujuan meluaskan tanah jajahan.

Hasan berkata, tanah yang dirampas hanya akan menghadkan laluan kepada penduduk haram bagi membangunkan penempatan haram baharu.

Terdapat lebih dari 700,000 penduduk haram tingggal di Tebing Barat, yang sememangnya melanggar undang-undang antarabangsa, khususnya Konvensyen Geneva Keempat yang melarang penempatan semula penjajah di negara yang dijajah.

Menurut kumpulan hak asasi Israel B’Tselem, Israel telah menggunakan mekanisme undang-undang dan birokrasi yang sukar untuk menguasai lebih banyak tanah Palestin di Tebing Barat. -Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *