Negara lemah kerana pemimpin tidak amal Islam sebenar

 

TUN Mahathir kata negara Islam lemah berpunca dari mengamalkan ajaran Islam yang salah.

Tetapi sebenarnya ia berpunca dari pemimpin-pemimpin negara Islam yang tidak mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna.

Tindakan Tun Mahathir bersekongkol dan menguasakan DAP yang jelas memperjuangkan sekularisme adalah melanggar ajaran Islam yang sebenar.

 

 

Bahkan persepakatan PH jelas sekali menghilangkan dominasi kuasa politik orang Islam di negara ini, satu lagi kesalahan yang memberi implikasi fenomena Islam “dibuli” di negara ini.

Satu dunia maklum pemimpin negara Arab adalah proksi kepada kuasa besar dunia, dan kuasa besar dunia berkehendak menyekat penghayatan ajaran Islam yang sebenar dalam kalangan rakyat mereka.

Kita semua juga maklum, bukan masalah tidak diajar dengan ajaran Islam yang sebenar, bukan tidak diterangkan dengan hukum hakam Tuhan, tetapi pemimpin sendiri yang enggan akur dan patuh pada arahan Allah Taala.

Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman
Naib Presiden Berjasa

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
4 comments
  1. Pemimpin seperti ini yang akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak kerana rakus mengaut keuntungan dunia tanpa memikirkan kesusahan orang lain.
    Bijak berkata kata sahaja tapi semua tiada makna

  2. ..dan mereka yg memilih mereka sbg pemimpin juga dipertanggungjawabkan di akhirat nnt.. bertaubat sebelum terlewat !!

  3. Zaman sekarang adalah zaman yg penuh fitnah. Pemimpin sekarang benar2 tidak mengamalkan ajaran islam yg sebenar. Sy dah menjangkakan sesuatu yg berlaku bila PH memerintah negara ini. Sangat takut melihat sesuatu yg tak dijangka jika Allah SWT turunkan sesuatu malapetaka besar terhadap negara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts