Netanyahu mahu guna jeti terapung hanyutkan penduduk Palestin

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sememangnya tidak berhati perut selepas pemimpin itu mempertimbangkan mahu menggunakan jeti terapung yang dibina sekutunya, Amerika Syarikat (AS) untuk menghanyutkan penduduk Palestin dari tanah air mereka.

Kan News melaporkan Netanyahu yang menyertai mesyuarat rahsia Knesset (Parlimen) percaya pelabuhan sementara itu akan memudahkan lagi usaha mereka untuk menyingkirkan penduduk Palestin dari Gaza.

“Tiada halangan kepada penduduk Palestin untuk meninggalkan Gaza melainkan jika terdapat negara lain yang enggan menerima mereka,” jelas laporan itu lagi.

Kenyataan provokatif Netanyahu turut mengundang respons daripada pemimpin Palestin.

Mustafa Baghouti yang memimpin Inisiatif Kebangsaan Palestin menerusi platform X menyelar Netanyahu kerana berkeras mahu merealisasikan rancangannya untuk melakukan kempen pembersihan etnik ke atas penduduk Gaza.

Pelan tidak berperikemanusiaan itu didedahkan selepas Presiden AS, Joe Biden pada awal bulan lalu mengumumkan tentera mereka akan membangunkan sebuah pelabuhan di luar pantai Gaza untuk menerima lebih banyak bantuan kemanusiaan ke wilayah tersebut.about:blank

Pentagon dikatakan sedang merangka pelan pembinaan dermaga sementara tersebut.

Pada 12 Mac lalu, Setiausaha Media Pentagon, Mejar Jeneral, Pat Ryder berkata, beberapa kapal tentera AS telah berlepas dari Virginia bersama peralatan untuk membina jeti tersebut.

Sebelum ini, Menteri ‘ekstremis’, Bezalel Smotrich juga menggesa penduduk Gaza berpindah keluar dari tanah air mereka secara sukarela dan berhijrah ke negara Barat. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts