Netanyahu pemimpin kejam pembunuh kanak-kanak: Erdogan

 

ANKARA – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyifatkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebagai ‘kejam’ yang membunuh kanak-kanak Palestin.

Kenyataan itu menghangatkan lagi ‘perang mulut’ antara kedua-dua pemimpin mengenai hal ehwal dalaman Turki dan Tel Aviv.

“Hei Netanyahu, jaga tingkah laku kamu. Kamu adalah kejam, yang membunuh kanak-kanak Palestin,” katanya kepada penyokongnya di sini seperti dilaporkan Press TV.

Kenyataan itu adalah maklum balas terus beliau terhadap serangan Netanyahu yang memanggil ketua pentadbiran Turki sebagai diktator dan ‘pelawak’ apabila memenjarakan wartawan.

Perang mulut itu bermula ketika Turki mengecam Netanyahu mengenai ‘perkauman terang-terangan’ terhadap keturunan Arab Israel dan mengatakan Israel hanya milik orang Yahudi.

“Erdogan menyerang demokrasi Israel ketika wartawan dan hakim di Turki dipenjarakan. Ini melucukan,” tulis Netanyahu dalam Instagram.

Dalam kenyataannya semalam, Recep Tayyip menegaskan rejim Zionis melakukan tindakan kejam berterusan terhadap rakyat Palestin di Baitulmuqaddis. – Utusan Malaysia

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts