NGO India Muslim agih pek makanan

 

COX’S BAZAR: Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) India Muslim Malaysia mengagihkan 1,500 pek makanan kepada pelarian Rohingya di Balukhali, yang terletak kira-kira sejam perjalanan dari sempadan Bangladesh-Myanmar.

Balukhali adalah kem pelarian tidak rasmi bersebelahan Kutupalong, kem pelarian yang menempatkan lebih 240,000 pelarian Rohingya.

 

 

Ia adalah sebahagian daripada Misi kemanusiaan Rohingya yang terajui Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM) membabitkan empat NGO India Muslim Malaysia, parti politik KIMMA dan syarikat Malik Streams Corporation.

NGO India Muslim terbabit ialah Komuniti India Muslim Malaysia (IMCOM), Gabungan Persatuan Malabari Malaysia (GPMM), Inspirasi Muhibah India Muslim (IMIM) dan Persatuan Perintis Malabari Malaysia (PPMM).

Misi kemanusiaan itu turut membina enam surau di kem Balukhali, Kutupalong dan Tangkhali.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts