Nikah bawah umur mesti patuh syarat ketat: Mufti Wilayah

 

BANGI – Perkahwinan bawah umur boleh dibenarkan dalam kes tertentu setelah menepati syarat ketat dan diperakui mahkamah. Demikian antara pendapat Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dalam Bayan Linnas #145.

Berjudul ‘Isu perkahwinan kanak-kanak menurut perspektif siyasah syar’iyyah’ yang diterbitkan hari ini, beliau berkata, hukum perkahwinan kanak-kanak hendaklah mengikuti undang-undang yang telah ditetapkan di dalam sesebuah negara.

“Justeru, melihat kepada kaedah maslahah, istihsan, sadd az-zara’ie, zuruf serta adat, sewajarnya tidak dibenarkan perkahwinan di bawah umur menurut undang-undang. Pengecualian hanya boleh dibenarkan bagi kes-kes tertentu sahaja, setelah menepati syarat-syarat yang ketat dan diperakui oleh pihak mahkamah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyokong langkah kerajaan Selangor menaikkan had umur minimum perkahwinan bagi wanita kepada 18 tahun.

Mengulas langkah kerajaan Selangor itu, beliau menjelaskan bahawa dalam memastikan satu-satu tindakan itu memenuhi kepentingan tempat dan waktu, kerajaan boleh dan perlu menggubal undang-undang yang lebih meraikan maqasid syariah dan menggabungkan antara nas syarak serta maslahah, iaitu institusi keluarga yang penuh belas kasihan dan cinta.

“Justeru, sekiranya pemerintah di atas rasional dan kebijaksanaannya, setelah mengambil kira pandangan para agamawan berkenaan sesuatu isu, menetapkan suatu keputusan yang difikirkan lebih mendatangkan maslahah kepada rakyat, maka kita sebagai masyarakat awam dituntut untuk mengikutinya,” katanya.

Dr Zulkifli berkata, pengecualian untuk kebenaran perkahwinan kanak-kanak perlu dilihat kepada kes yang khusus dan tertentu, dan perlu melalui prosedur yang teliti dan melepasi syarat-syarat yang ketat.

“Contohnya, dalam kes perkahwinan remaja yang sudah terlanjur dan khuatir mengandung luar nikah yang boleh menyebabkan anak tersebut ternafi nasabnya.

“Justeru, wali hendaklah memainkan peranan penting dan mengetahui sebarang bentuk risiko agar kemaslahatan perempuan yang berkahwin terbela dengan sebaiknya,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts