OIC kecam Israel berterusan roboh rumah Palestin

 

ANKARA– Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam pemusnahan kediaman Palestin di Tebing Barat diduduki, yang mengakibatkan ramai penduduk kehilangan tempat tinggal.

Dalam satu kenyataan, pertubuhan itu berkata, tindakan berkenaan adalah sebahagian usaha negara haram Israel bagi pembersihan etnik di wilayah Palestin.

Menegaskan bahawa tindakan biadab Israel melanggar undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), OIC turut menggesa masyarakat dunia memberi tekanan lebih besar kepada Tel Aviv bagi menghentikan pelanggaran serta kezaliman di seluruh wilayah Palestin yang diduduki.

“Tidak mungkin akan berlaku perdamaian setelah apa yang terjadi meskipun negara Arab berusaha melakukan penyelesaian antara dua pihak (Palestin dan Israel), selain meminta Baitulmaqdis dijadikan ibu negara Palestin,” tegasnya.

Minggu lalu, jentolak Israel merobohkan penempatan di sebuah kampung Badwi dekat Tubas di Lembah Jordan, mengakibatkan hampir 80 penduduknya kehilangan tempat tinggal.

Rejim pengganas Israel memberi alasan bahawa pemusnahan penempatan itu kononnya dibina secara haram di kawasan yang digunakan untuk latihan ketenteraaan.

Kira-kira 73 warga Palestin, termasuk 41 kanak-kanak, dipindahkan ketika rejim Zionis merobohkan kediaman dan memusnahkan barangan milik mereka. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts