Orang Islam tidak patut pergi tempat ada arak

PETALING JAYA – Orang Islam diingatkan untuk tidak menghadiri pub, kelab malam, disko dan seumpamanya walau apa pun kerana ia perkara yang haram pada zatnya.

Itu jelas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berhubung isu majlis ilmu di pub.

“Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, jangan ‘duduk’ pada hidangan di mana arak dihidangkan.

“‎Untuk penjelasan, secara asasnya, hotel adalah tempat untuk menginap dan bermalam. Ia berbeza dengan pub dan kelab malam kerana itu sememangnya tempat minum arak.

Beliau berkata demikian menerusi ciapan di laman X bagi menjawab persoalan individu yang bertanyakan fungsi kewujudan hotel di Malaysia jikalau umat Islam tidak diberikan izin untuk berada di tempat yang mengandungi minuman arak.

‎”Hotel adalah muharramat al-wasa’il. Maka, harus hukumnya kerana ada hajat. Asalkan tak bercampur dengan apa-apa majlis khusus yg dihidangkan arak, jika mampu.

‎”Manakala, pub, disko, kelab malam itu muharramat al-maqasid. Jelas di situ merupakan tempat yang dihidangkan arak dengan bebas, termasuk pelbagai aktiviti yang mungkin tidak selari dengan adab Muslim.

‎Tambahnya, Islam tak pernah halang wacana ilmu (intellectual discourse) tetapi syarat asasnya adalah faham permasalahan isu.

“Tidak ada walaupun satu kerugian jika sepanjang belajar di luar negara, seorang Muslim memilih untuk tidak pergi ke tempat sebegitu. Terlalu banyak tempat lain yang boleh anda pilih untuk berhibur dan bersosial bersama-sama rakan bukan Muslim,” katanya.

Soalan individu tersebut berdasarkan isu tular di media sosial baru-baru ini berkenaan seorang pelajar Malaysia di United Kingdom (UK) menegur berkenaan penganjuran ‘after-party’ di sebuah kelab malam berdekatan dan menjemput pelajar muslim bersama untuk hadir. – KOSMO! ONLINE

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts