Tawaran transformasi: Wujud kebimbangan banyak RUU Islam tak dibentang

BANGI – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diminta memberi penjelasan berhubung inisiatif kelima tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan yang diumumkan, semalam.

Ini berikutan, wujud kebimbangan dalam kalangan ramai pihak elemen semak dan imbang bakal terhakis.

Selain itu, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar turut mempersoalkan, apakah kesannya kepada perundangan Islam bila mana setiap pembentangan perlu mendapat persetujuan semua Ahli Parlimen.

“Nampak gayanya jika semua RUU (rang undang-undang) dibuat secara persetujuan bersama semua Ahli Parlimen sebagaimana inisiatif kelima iaitu ‘Setiap RUU termasuk RUU Perbekalan yang dibentangkan di Parlimen akan dirunding dan dipersetujui secara bersama’.

“Adakah kesannya nanti banyak perundangan Islam sukar dibentang di Parlimen kerana tidak akan mendapat persetujuan bersama.

“Apabila ada persetujuan bersama terhadap sesuatu RUU adakah ia bermakna RUU tersebut tidak akan dibahaskan kelak?,” soalnya dalam status ringkas di Facebook, hari ini.

Tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan meliputi; Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti yang akan dibentangkan di Parlimen, pelaksanaan Undi 18 dalam tempoh terdekat (satu Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan akan dibentangkan) dan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.

Selain itu, keseimbangan keanggotaan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen melibatkan Ahli Parlimen kerajaan dan Ahli Parlimen pembangkang, setiap rang undang-undang termasuk Rang Undang-Undang Perbekalan yang dibentangkan di Parlimen akan dirunding dan dipersetujui secara bersama, ahli parti pembangkang akan dilibatkan dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN) untuk memberikan pandangan dan cadangan penambahbaikan.

Terakhir, ketua pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang menteri.- Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts